Penjimatan tenaga adalah perbuatan atau hal menjimatkantenaga. Ia berkaitan dengan perihal berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu .Ini dicapai melalui penggunaan tenaga secara cekap, seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan, menggunakan cahaya matahari dan lain-lain.
JIMATKAN SUMBER TENAGA BERMULA DARI RUMAH
Ramai di antara kita tidak perasan bahawa pembaziran sumber tenaga seperti elektrik dan air paling kerap berlaku di rumah. Maka langkah-langkah berkesan berjimat hendaklah diterapkan kepada anak-anak dan ahli keluarga ketika di rumah.
Didikan ini lebih baik di mana ahli keluarga menjadi contoh kepada orang lain dalam isi rumah dalam menonjolkan langkah penjimatan terbaik untuk diamalkan bersama. Antara langkah penjimatan ialah:
- Pastikan tiada kebocoran paip
Pembaziran air berlaku, dimana penghuni menunggu satu tempoh yang lama untuk memperbaiki paip yang rosak. Seperti tidak membetulkan masalah kepala pili yang sering menitik airnya.
- Laraskan suhu penghawa dingin anda antara 24'C - 26'C
Ini kerana jika anda laraskan suhu lebih rendah (16'C - 23'C) daripada yang dicadangkan, akan menyebabkan kompresor penghawa dingin beroperasi lebih kerap untuk memastikan suhu bilik kekal rendah.
Semakin rendah suhu dilaraskan semakin tinggi jumlah tenaga elektrik diperlukan untuk kompresor penghawa dingin bertindak bagi menyejukkan udara.
- Gunakan lampu penjimat tenaga
Cara ini mudah iaitu dengan memastikan kuasa lampu rumah anda yang dipasang bersesuaian dengan saiz ruang. Apa guna menggunakan lampu berkuasa tinggi untuk ruang yang kecil. Kuasa lampu ditentukan melalui Watt (W).
Jika anda ke kedai, cuba perhatikan pada kotak lampu tersebut akan tertera 60w, 40w, 23w ,18w sehinggalah 5w. Semakin rendah Watt semakin kurang tenaga digunakan. Selain itu, jenis lampu seperti LED juga main peranan dalam penjimatan tenaga di rumah.
- Amalkan isian penuh ketika membasuh pakaian menggunakan mesin basuh
Tujuan isian penuh ini bukan bermakna anda perlu memuatkan segala pakaian anda ke dalam mesih basuh sehingga sendat atau lebih muatan. Ini hanya bagi memastikan anda tidak perlu membasuh berulang kali kerana banyak tenaga diperlukan bagi memutarkan tong drum mesin basuh.
Kerana ada juga yang hanya sekadar memasukan sehelai pakaian untuk membasuh.
- Tutup suis
Ini paling mudah dilakukan, tetapi ramai yang ambil mudah dan melakukan kesilapan ini. Seperti membiarkan kipas rumah beroperasi, walaupun tiada siapa dirumah. Alasannya, kerana ingin mengelakkan rumah daripada menjadi panas.
Ada juga suka membiarkan telivisen terpasang, walhal tiada siapa yang menontonnya dan ada juga tidak menutup suis selepas mengecas telefon bimbit atau peralatan elektronik lain.
- Kitar semula
Mungkin pelik, mengapa kitar semula boleh menjimatkan tenaga. Ini kerana kitar semula mampu meminimumkan penggunaan sumber tenaga yang diperuntukkan untuk membersihkan sampah sarap yang kita buang.
Seperti pada kebiasaannya penghuni tidak mengambil inisiatif untuk mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula ke dalam bekas khas. Tenaga buruh dan mesin diperlukan bagi mengasing dan menapis sampah yang boleh dikitar semula.
Selain itu ada juga sewenang-wenang membuang ke sungai dan ini menyebabkan peningkatan tenaga untuk membersihkan air sungai daripada terus tercemar.
PETUA PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK
Bermula 1 Jun 2011, kadar purata elektrik untuk pengguna domestik akan meningkat sebanyak 4.52%. Pengguna domestik yang mengguna di antara 1 hingga 300 kWh sebulan tidak akan terjejas dengan tarif baru. Mereka masih menikmati kadar subsidi 21.8 sen/kWh. Kadar elektrik ini tidak bertukar sejak 1997. Ini merangkumi kesemua 200,000 isi rumah miskin di Malaysia.Rumah yang berkecekapan tenaga adalah salah satu cara bagi mengurangkan perbelanjaan bil elektrik anda. Ianya adalah salah satu cara yang paling mudah bagi mengurangkan kesan penggunaan elektrik berlebihan terhadap alam sekitar.Berikut adalah cara-cara bagaimana anda dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan perbelanjaan bil elektrik anda.
Padamkan peralatan elektrik atau lampu, jika tidak digunakan
Jika anda tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik buat jangka masa yang panjang, sila padamkan dan cabut palamnya daripada suis. Peralatan yang berada dalam mod siap sedia atau pengecas bateri yang dipasang masih menggunakan sejumlah tenaga yang kecil.
Gunakan lampu neon berkecekapan tenaga
Gunakanlah lampu neon atau floresen kerana ianya menggunakan tenaga dua pertiga kurang daripada lampu pijar dan dapat bertahan enam hingga 10 kali lebih lama. Lampu ini juga kurang menghasilkan haba.
Gunakan mentol watt lebih rendah
Daripada menggunakan mentol 100-watt, anda mungkin memerlukan hanya mentol 60 watt untuk beberapa bilik dan ruang di rumah anda.
Gunakan peti sejuk anda dengan bijak
Biarkan makanan yang dimasak sejuk terlebih dahulu sebelum menyimpannya ke dalam peti sejuk dan rancang simpanan makanan dan bahan mentah anda dengan bijak dan efisien kerana peti sejuk yang terlebih muatan akan menggunakan lebih banyak tenaga. Juga pastikan peti sejuk ditempatkan sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding untuk mengelakkan motor peti sejuk anda rosak.
Optimumkan penggunaan mesin basuh anda
Basuh pakaian anda menggunakan air paip biasa dan basuhlah dalam kuantiti yang banyak. Apabila anda ingin membasuh sedikit pakaian, pilihlah tetapan yang bersesuaian dengan kuantiti pakaian anda pada mesin basuh. Cuba jemur pakaian anda seperti biasa daripada menggunakan mesin pengering yang tidak cekap tenaga.
Selenggara unit pendingin hawa anda
Bersihkan penapis udara pada pendingin hawa anda kerana penapis yang terlalu kotor menggunakan lebih banyak tenaga untuk beroperasi. Tetapkan suhu pendingin hawa di antara 22 hingga 26 darjah Celsius untuk keselesaan yang optimum.
Sejukkan rumah anda dengan mengurangkan haba dalaman
Selain daripada memadamkan peralatan elektrik mahupun lampu yang tidak digunakan, anda juga boleh menggunakan langsir bagi menapis sinaran matahari secara langsung ke dalam rumah anda. Apabila memasak, pastikan pengaliran udara dengan betul agar haba tidak mengalir ke ruang lain di rumah anda.
Ganti peralatan elektrik yang lama
Peralatan elektrik yang baru menggunakan kurang tenaga berbanding yang lama. Sebagai contoh, peti sejuk yand berada di pasaran kini menggunakan kurang 40 peratus tenaga berbanding model peti sejuk 10 tahun dahulu.
Semak Kecekapan Tenaga pada Peralatan Elektrik
Jika anda merancang untuk membeli peti sejuk baru, pastikan anda membuat perbandingan kecekapan tenaga pada model-model peti sejuk pilihan anda. Penilaian Kecekapan Tenaga diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada 2005, bertujuan memberikan informasi kepada pengguna dengan menggunakan sistem kedudukan melalui bintang berdasarkan kecekapan tenaga sesuatu model peralatan elektrik tersebut. Ianya dinilai dengan satu bintang bagi tidak cekap sehingga lima bintang bagi paling cekap tenaga.
Pilih 'Star Energy'
Begitu juga ketika memilih komputer atau peralatan komputer, anda boleh memilih jenama dan model yang memaparkan logo Star Energy. Peralatan ini telah memenuhi garis panduan kecekapan tenaga yang telah ditetapkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar dan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat.
KURANGKAN BIL ELEKTRIK ANDA SEKARANG!
Memperkenalkan ebook "Jimat Elektrik!" , satu-satunya ebook panduan yang lengkap tentang penjimatan elektrik di rumah. Di dalam ebook ini, anda akan didedahkan dengan pelbagai tip serta pengetahuan yang mungkin tidak pernah anda ketahui sebelum ini tentang perihal penjimatan elektrik.
Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman saya yang telah lama menceburkan diri didalam bidang elektrik sejak dibangku sekolah menengah lagi. Oleh kerana isu kenaikan tarif elektrik sentiasa menjadi topik hangat dan banyak yang tidak puas hati dengan kenaikan bil elektrik setiap kali diumumkan, maka saya mengambil daya insiatif menghasilkan ebook ini.
Isu penjimatan tenaga elektrik ini telah sebati dalam diri saya kerana isu ini berterusan sehingga ke tempat kerja saya sekarang. Cuma bezanya adalah ia sebuah industri bukan lagi domestik.
Dari pengalaman saya, pembaziran wang boleh dikesan dengan membuat pengiraan semula. Tetapi pembaziran elektrik tidak dapat dikesan kerana tenaga elektrik tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Ia hanya boleh dibendung dengan teknik dan pengurusan yang betul dalam penggunaan tenaga elektrik.
Apa yang menarik perhatian saya adalah. Kita kena menguasai dan tahu selok belok bagaimana peralatan elektrik dirumh itu berfungsi , barulah kita tahu kaedah yang sebenarnya dalam mengawal tenaga elektrik.