INFORIA














  1. Jangan mudah terpengaruh dengan IKLAN dengan maklumat yang keliru serta yang selalu mengeksploitasi kaum wanita yang dijadikan sebagai model.
  2. Elakan penggunaan kad kedit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih dan bersikap boros, bawalah wang tunai yang secukupnya ketika membeli.
  3. Beli barangan secara pukal lebih murah berbanding membeli barangan dalam kuantiti yang sedikit.
  4. Buatlah belanjawan sebelum membeli belah.
  5. Bandingkan yang mana satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding kehendak.
  6. Berjimat cermat amalan mulia, bertabunglah walaupun sesen kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
  7. Semasa membeli-belah di pasaraya, pilihlah raga/bakul berbanding troli untuk mengisi barang, kerana hal ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika membeli-belah!
  8. Lihatlah katalog barangan sebelum membeli belah, belilah barangan yang ada promosi, ini akan membantu anda untuk berjimat!
  9. Gores dan menang, jangan terpedaya. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional.
  10. Masak di rumah lebih jimat berbanding makan di luar.
  11. Gunakan beg kitar semula semasa membeli belah, penggunaan beg plastik akan mencemarkan alam sekitar!
  12. Pastikan logo halal pada barangan adalah yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jangan mudah tertipu dengan logo halal palsu.
  13. Belilah barangan keluaran Industri Kecil-kecilan ataupun Industri Desa. Sokong barangan buatan Malaysia.
  14. Semak resit pembelian dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.
  15. Belilah makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi, elakan membeli makanan ringan.
  16. Pilih buah-buahan tempatan, terdapat pelbagai pilihan, yang bermusim dan juga tidak.
  17. Sentiasa buat bandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya, buat pilihan yang bijak, kadang kala yang tinggu kuantitinya tak semestinya tinngi kualitinya.
  18. Belilah barangan elektrik dengan kelulusan SIRIM.
  19. Jangan mudah terpedaya dengan barangan beserta promosi hadiah, kadang-kala, harga barangan tanpa hadiah lebih murah dan berbaloi-baloi!
  20. Untuk pengguna telekomunikasi, pilihlah pembekal plan yang berpatutan dan bersesuaian dengan tahap penggunaan anda. Buatlah pilihan bijak!
  21. Periksa keadan barang sebelum membelinya, lihat keadaan fizikalnya dalam keadaan baik atau tidak, periksa kuantitinya supaya cukup seperti maklumat dalam label.
  22. Gunalah kenderaan awam untuk ke kampus atau ke tempat kerja, lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mesra alam.
  23. Berkongsi kereta ‘car pooling’ ke kampus atau ke tempat kerja lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.
  24. Dapatkan maklumat berkenaan isu-isu kepenggunaan di laman sesawang ataupun melalui bulletin ataupun risalah kepenggunaan.
  25. Jika membeli-belas di atas talian ’online’ pastikan kesahihan pembekal dan berhati-hati apabila melakukan transaksi wang.
  26. Jika melakukan transaksi wang atas talian ‘online’ pastikan kata laluan anda dilindungi serta jejak anda ‘cache’ dipadam untuk mengelak system digodam.
  27. Jangan gunakan pautan ‘link’ untuk ke laman web bank untuk urusan ‘online banking’. Sebaik-baiknya pergi terus ke laman utama bank pilihan anda.
  28. Pastikan lebel harga tertera pada barangan, jika tiada laporkan pada pihak berkuasa, anda berhak untuk mendapat maklumat yang sewajarnya!
  29. Jualan murah! Jangan mudah tertipu, bandingkan harga sebelum dan selepas dahulu sebelum membeli.
  30. Dapatkan bantuan jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli. Ingat, anda punyai hak untuk membuat pilihan, jangan biarkan penjual memaksa atau membuat pilihan untuk anda.


SIAPA ITU PENGGUNA

"Pengguna ialah setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya". Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa sebenarnya kedudukan kita dalarn masyarakat sekeliling.Sebahagian besar dari apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.



Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan sendiri atau kita bayar untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah pengguna. Sebagai pengguna yang terpaksa membayar dengan jumlah wang atau tenaga usaha dengan kadar tertentu kita memang mengharapkan bahawa faedah yang kita perolehi dari transaksi berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita juga merasa bahawa kita perlu dilayan seperti raja dari segi barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita kerana kitalah yang berhak menentukan sama ada kita akan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan dari siapa kita akan mendapatkannya.



Mengikut Peter Drucker, seorang penulis terkemuka dalam bidang pengurusan, kepenggunaan bermakna yang pengguna melihat pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang berminat tetapi tidak memahami hakikat sebenar keperluan pengguna. Beliau menganggap pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang tidak berusaha mengambil tahu, tidak memahami dunia hidup pengguna dan mengharap pengguna membuat penentuan yang mana pengguna sendiri tidak bersedia atau tidak dapat melakukannya.



Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia telah memberi satu takrifan yang tepat pada "pengguna" dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia Tahun 1992. Katanya "semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap insan adalah pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi. Atas asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi".



Sebagai pengguna kita memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara kerana tujuan pengeluaran barangan atau perkhidmatan hanyalah satu iaitu pengguna. Pengeluar atau penjual memerlukan maklumat-maklumat tentang apakah dorongan-dorongan yang membuat pengguna memilih dan membeli barangan atau perkhidmatan tertentu. Pengguna yang dimaksudkan di sini adalah pengguna akhir atau "ultimate consumer" kerana di pasaran terdapatjuga pembeli yang membeli barangan secara borong/pukal dengan tujuan untuk menjual barangan itu semula atau pembeli bahan mentah yang memerlukan pernerosesan sebelum dijual kepada pengguna akhir.



Kepuasan keperluan adalah asas kepada pembelian barang barang dan perkhidmatan di pasaran. Keperluan ini terbahagi kepada dua iaitu keperluan primer dan keperluan sekunder. Keperluan primer adalah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang asasi. Manakala keperluan sekunder pula adalah berkait dengan personaliti dan perlakuan sosial seseorang misalnya pembelian barangan atau perkhidmatan yang bertujuan menonjolkan sesuatu imej atau status kepada orang lain dengan tujuan mendapatkan pengiktirafan sosial. Kadang kala dorongan terhadap keperluan berbentuk sekunder menjadi begitu penting kepada pengguna dan mengatasi keperluan primer. Seringkali juga keperluan sekunder juga dikenali sebagai kehendak Ilwants" yang pada kebiasaannya adalah tidak terbatas.



AKTA - AKTA PENGGUNA

Objektif Bahagian Penguatkuasa
Menguatkuasakan undang-undang dan melindungi pengguna.

Akta-akta Yang Dikuatkuasakan
Penguatkuasa menguatkuasakan 7 Akta yang dengan aktiviti perdagangan:
  • Akta Kawalan Harga 1946
  • Akta Kawalan Bekalan 1961
  • Akta Timbang dan Sukat 1972
  • Akta Perihal Dagangan 1972
  • Akta Sewa Beli 1967
  • Akta Hakcipta 1987
  • Akta Jualan Langsung 1993
Penguatkuasaan akta-akta yang berkenaan adalah bertujuan untuk melindungi pengguna dan mewujudkan etika perdagangan yang baik dalam negara.


AKTA KAWALAN HARGA 1946
Akta ini dan perundangan-perundangan subsiadiri di bawahnya adalah bertujuan untuk menentukan harga barang- barang adalah berpatutan dalam sebarang keadaan dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga sebelum membeli barang-barang.

Diantara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini adalah :
  • Gagal melabelkan barang-barang yang tersedia bungkus dengan maklumat, nama dan alamat pengeluar atau pengimport, beratan dan kuantiti, jenis kandungan di dalamnya serta nama sebutan sebenar barang itu.
  • Gagal meletakkan tanda harga pada barangan jualan.
  • Gagal meletakkan harga runcit yang disyorkan bagi susu tepung dan minyak masak.
Denda yang boleh dikenakan
·         Bagi kesalahan pertama orang perseorangan denda boleh dikenakan sehingga RM 15,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM25,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.
·     Bagi kesalahan pertama pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM25,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM50,000.00.
·         Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.


AKTA KAWALAN BEKALAN 1961
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk menentukan bekalan barang-barang perlu mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan dalam setiap keadaan.
Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah:
·         Menjual barang kawalan berlebihan daripada keperluan biasa;
  • Menyorok barang kawalan dengan tujuan mewujudkan kekurangan bekalan;
·         Memiliki barang kawalan dengan cara tidak sah; Berniaga barang kawalan tanpa lesen;
·         Gagal mempamerkan lesen di tempat yang jelas;
·         Penjualan terus barang kawalan oleh pengilang kepada pengguna yang tidak memiliki surat kuasa;
·         Memiliki barang kawalan melebihi had yang dibenarkan dalam lesen;
·         Membeli barang kawalan daripada orang yang tidak mempunyai lesen;
·         Mengendalikan barang kawalan tanpa menyediakan buku stok;
·         Mengendalikan pengilangan kurang daripada jumlah jam yang ditetapkan dalam lesen;
·         Gagal melaporkan ketidakupayaan pengilangan;
·         Gagal memberitahu Pengawal mengenai pemberhentian pengilangan;
·         Menafikan stok barang-barang kawalan secara palsu;
·         Enggan menjual barang kawalan.


AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk mempastikan segala alat timbang dan sukat untuk kegunaan perdagangan mematuhi spesifikasi Yang ditetapkan dan di samping itu mempastikan bahawa alat-alat timbang dan sukat itu disahkan ketepatan timbangan dan sukatannya.



Denda yang boleh dikenakan
·         Bagi kesalahan di bawah Akta ini, denda boleh dikenakan sehingga RM5000.00 atau 4 tahun penjara atau kedua-duanya.
·         Bagi kesalahan-kesalahan Yang boleh dikompaun, jurnlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum Yang diperuntukkan.
AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan melarang penggunaan perihal, pernyataan atau petunjuk palsu atau Yang mengelirukan berhubung dengan barangan, perkhidmatan, tempat tinggal, kemudahan dan harga barang.

Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :
·         Menggunakan perihal dagangan palsu dalam perdagangan (umpamanya barang tiruan)
·         Menggunakan perbahasaan "Halal" kepada makanan Yang tidak mematuhi Hukum Syarak;
·         Mengadakan jualan murah tanpa memperolehi kelulusan;
·         Mengadakan jualan murah melebihi tempoh Yang dihadkan;
·         Menjual dengan harga lebih daripada harga jualan murah Yang ditetapkan oleh pembekal;
·         Gagal menunjukkan harga tawaran terda harga tawaran semasa dalam jualan mura
·         Memberi petunjuk palsu mengenai harga dal murah.
Denda yang boleh dikenakan :
·         Bagi kesalahan pertama orang perseorang boleh dikenakan sehingga RM 100,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM200,000.00 atau 6 tahun atau kedua-duanya.
·         Bagi kesalahan pertarna pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM250,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM500,000.00.
·         Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.
AKTA SEWA BELI 1967
Akta ini dan perundangan-perunclangan subsidiari di iya adalah bertujuan untuk mengawalselia bentuk kandungan perjanjian serta menggariskan hak dan tangungjawab pihak-pihak yang terlibat dengan perjanjian sewa beli.

Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :
·         Membuat perjanjian sewa beli tanpa mematuhi butiran yang ditetapkan;
·         Membuat perjanjian sewa beli secara tidak bertulis;
·         Tidak mematuhi peraturan deposit minimum;
·         Memberi keterangan palsu (oleh pemunya);
·         Mengalihkan barang-barang sewa beli dari tempat yang ditentukan dalam perjanjian;
·         Melupuskan barang sewa beli secara tipu (oleh penyewa);
·         Menyampaikan notis cadangan menarik balik barangang tanpa mengikut peraturan;
·     Gagal menunjukkan kad pengenalan dan kad kuasa semasa mengambil semula (repossess) barang-barang;
·         Gagal menyelenggarakan buku rekod yang lengkap (oleh pemunya).
Denda yang boleh dikenakan
·         Bagi kesalahan di bawah Akta ini, denda boleh dikenakan sehingga RMI0,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya.
·         Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumiah denda maksimurn yang diperuntukkan.

AKTA HAKCIPTA 1987
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk memberi hakcipta kepada karya-karya dan melindungi hak-hak eksklusif tuanpunya hakcipta daripada dicabuli oleh pihak lain.
  • Menjual salinan langgaran karya hakcipta;
  • Menyewa salinan langgaran karya hakcipta;
  • Membuat salinan langgaran karya hakcipta;
  • Mengedar salinan langgaran karya hakcipta;
  • Memiliki salinan langgaran karya hakcipta;
  • Mengimport salinan langgaran karya hakcipta;
  • Mempamerkan salinan langgaran karya hakcipta;
  • Memiliki alat perekaan bagi membuat salinan langgaran untuk perdagangan;



AKTA JUALAN LANGSUNG 1993
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk mengawalselia aktivitiaktiviti jualan langsung pintu ke pintu dan melalui pos.

Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :
·         Menjalankan perniagaanjualan langsung tanpa lesen;
·         Memberi maklumat palsu dalam Man jualan pesanan pos;
·         Menghantarserahkan barang atau perkhidmatan dalarn tempoh bertenang;
·    Bertandang ke mana-mana premis bagi maksud merundingkan jualan pintu ke pintu selain daripada hari-hari dan waktu-waktu yang ditetapkan;
·   Gagal menunjukkan kad pengenalan dan kebenaran masa menjalankan rundingan jualan langsung Pintu pintu;
·            Mengeluarkan kad kebenaran yang mengandungi aklumat palsu;
·       Membuat kontrak tanpa bertulis mengenai jualan ngsung bagi barangan atau perkhidmatan yang bernilai RM300 ke atas.

Denda yang boleh dikenakan:
  • Bagi kesalahan pertama orang perseorangan denda hingga RM100,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda hingga RM200,000.00 atau 6 tahun penjara atau kedua-duanya.
  • Bagi kesalahan pertama pertubuhan/perbadanan denda hingga RM250,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM500,000.00.
  • Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.

    PERLINDUNGAN PENGGUNA




    Pasaran pengguna mengikut pengharapan pengguna perlu memberi khidmat berikut di antaranya:
    1. barangan-barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah selamat untuk digunakan atau dimakan;
    2. maklumat yang diterima sama ada pacia label barangan, pada Man dan risalah-risalah kerajaan adalah benar, cukup serta mudah difaham supaya pengguna dapat membuat pertimbangan, pemilihan dan pembelian yang rasional berdasarkan kepada maklumat yang ada;
    3. pengguna diberi pilihan di pasaran untuk memilih dan membeli atau tidak membeli tanpa paksaan atau ugutan;
    4. pengguna ada tempat mengadu sekiranya berlaku penyelewengan dalam masa menjalankan proses jualbeli atau setelah pembelian berlaku dan tindakan sewajarnya dibuat untuk menolong mereka sekiranya menghadapi masalah;
    5. sistem perletakan harga yang bersesuaian dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diberi;
    6. pengguna dilindung melalui penguatkuasaan undang undang pengguna yang berkesan lagi adil; dan
    7. pengguna diberi pendidikan berkaitan dengan kepenggunaan supaya mereka lebih bersedia menjalankan peranan dan tanggungjawab di pasaran.
    Perkembangan di bidang sains dan teknologi melahirkan beranika barangan dan perkhidmatan yang menyebabkan pengguna menghadapi masalah untuk membuat pilihan. Kemudahan kredit dan peningkatan tahap hidup mendorong pengguna mudah berbelanja. Bentuk dan sistem perdagangan telah menjadi bertambah kompleks sehingga sukar untuk difaharni oleh pengguna. Bentuk pembungkusan dan penyampaian maklumat berhubung dengan barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan seringkali mengelirukan pengguna. Permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan seringkali melebihi bekalan. Dalam berlumba-lumba mengejar kekayaan dan kemewahan hidup, etika dan aspek kerohanian seringkali diketepikan. Dalam keadaan begini, campurtangan pihak kerajaan adalah diperlukan. Justeru itu, berbagai undang-undang telah digubal dan dikuatkuasakan. Umumnya, undang-undang ini melarang, mengawal atau mengawalselia aktiviti yang dikenalpasti boleh memberi kesan buruk kepada perturnbuhan ekonomi negara atau merugikan pengguna.



    TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

    Setelah pengguna mengetahui dan memahami apakah hak hak mereka, maka pengguna haruslah bertindak mempastikan hak mereka diperolehi. Bagi memperolehi hak-hak itu, pengguna harus mempunyai tanggungjawab yang perfu dilaksanakan.Tanpa tanggungjawab, hak-hak pengguna tidak dapat diperolehi. Ini bermakna pengguna perlu menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
    Terdapat lima tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pengguna bagi memperolehi hak mereka. Lima tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut:
    (a) Kesedaran Mengkritik;
    (b) Penglibatan dan Tindakan;
    (c) Tanggungjawab Sosial;
    (d) Tanggungjawab Alam Semulajadi;
    (e) Bersatupadu.


    (i) Kesedaran Mengkritik
    Pengguna mestilah disedarkan untuk lebih mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan. Ini bermakna jika didapati barangan yang diterima adalah dalam keadaan tidak sempurna, pengguna hendaklah jangan berdiam diri tetapi sebaliknya menyuarakan pendapat bagi mendapat baranganyang sempurna.

    (ii) Penglibatan Dan Tindakan
    Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial yang menjaminkan kepentingan pengguna supaya tidak dicemar atau diabaikan dan mengambil tindakan dengan keyakinan yang berasaskan penyelidikan serta pengetahuan yang sempurna.

    (iii) Tanggungiawab Sosial
    Pengguna mesti bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya tindak tanduk mereka tidak akan menjejaskan golongan rakyat yang kurang bernasib baik mengenai hakikat ekonomi dan sosial yang sedia ada.

    (iv) Tanqqungiawab Alam Semulajadi
    Pengguna perlu kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni, menggalakkan keselarnatan alam sekitar dan bertindak untuk menahan kemunduran faktor yang penting ini bagi menjamin mutu kehidupan sekarang dan masa depan.

    (v) Bersatupadu
    Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatupadu. Dengan semangat akan melahirkan kekuatan dan pengaruh supaya dapat perhatian ke atas kepentingan pengguna. Cara yang terbaik untuk bersatupadu ialah dengan melibatkan diri dalam persatuan-persatuan pengguna.



    PENGGUNA  BIJAK




    KPDNHEP telah mengumumkan beberapa langkah proaktif dalam membendung kebimbangan pengguna tentang kenaikan harga barang-barang, seterusnya mengawal pasaran dari ancaman peniaga tidak bertanggungjawab.

    Di antara langkah-langkah yang sedang dilaksanakan adalah melancarkan Kempen Pengguna Bijak di seluruh negara. Melalui kempen ini, mesej utama yang ingin disampaikan kepada pengguna mahupun kepada peniaga ialah: Pengguna mempunyai pilihan untuk membeli barang keperluan harian atau menggunakan perkhidmatan, dan peniaga yang menjual pada harga yang tinggi tidak akan disokong.

    Kempen Pengguna Bijak ini bertumpu kepada pasar raya besar (hypermarket) di seluruh negara. Ini bukan bertujuan menjejaskan perniagaan peniaga runcit tetapi merupakan strategi bagi membolehkan orang ramai mengetahui hak dan pilihan serta memperkasakan diri mereka sebagai pengguna.  Hypermarket mampu menawarkan harga murah kerana kemampuan membeli stok secara pukal, sekaligus berupaya mengurangkan kos pengeluaran.

    Serentak dengan kempen ini, penguatkuasaan juga ditingkatkan di seluruh negara, membabitkan anggota penguatkuasa dan lebih 14,000 sukarelawan. Kempen ini juga melibatkan langkah-langkah memperkasakan pengguna supaya mereka dapat membuat pilihan yang tepat seterusnya berbelanja secara berhemah. Di antara inisiatif yang dijalankan termasuk: 

    • Memberi maklumat kepenggunaan yang meluas kepada orang ramai dalam menghadapi kenaikan harga barangan
    • Di bandar-bandar kecil, exco berkaitan pengguna di setiap negeri akan memainkan peranan menyebarkan maklumat mengenai pasar yang menawarkan harga berpatutan kepada pengguna
    • Mengawasi pasaran secara terperinci bagi memastikan harga barangan kawalan tidak dinaikkan sesuka hati. Bagi barangan lain, kenaikan harganya mesti merupakan kenaikan yang munasabah
    • Memudahkan orang ramai melapor kepada KPDNHEP dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800 jika mendapati ada peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati. Ini termasuk harga makanan yang dijual di premis makanan seperti restoran, hotel dan gerai.

    Dengan Kerajaan yang prihatin, peniaga bertanggungjawab dan berfikiran jauh, dan pengguna yang bijak dan berhemat, kesan kenaikan bahan api hanya merupakan satu cabaran biasa yang boleh ditangani tanpa menjejaskan ekonomi keluarga dan negara.







    Perubahan Bentuk-Bentuk Tenaga (Transformation Of Energy)



    Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.
    (‘Energy Is Neither Created Nor Destroyed.’)

    Apabila kita menggunakan tenaga, ia tidak hilang. Kita menukarkan ia dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
    (‘When we use energy, it doesn't disappear. We change it from one form of energy into another.’)

    Tenaga bertukar bentuk atau mengalami transformasi bentuk, tetapi jumlah tenaga di dalam alam semesta tidak berubah.
    (‘Energy changes form or we can say energy can be transformed, but the total amount of energy in the universe stays the same.’)

    Dalam aktiviti harian, pertukaran tenaga dari satu bentuk ke bentuk yang lain akan melibatkan kehilangan tenaga. Sebahagian daripada tenaga hilang sebagai tenaga haba.
    (‘In reality, converting one form of energy into another form always involves a loss of useable energy. The rest of the energy is lost as heat.’)

    Perubahan tenaga ini melibatkan satu hukum fizik yang dikenali sebagai Hukum Termodinamik.
    (‘The transformation of energy involves a law of physics that we called the Law of Thermodynamics. Click here for more informations.’)

    Contoh – contoh perubahan tenaga.
    (‘Examples of Transformation of Energy’)

    Dalam setiap contoh yang diberi, tenaga bermula dengan satu bentuk dan bertukar kepada bentuk yang lain. Namun terdapat juga tenaga bertukar kepada lebih daripada satu bentuk sebelum terhasil bentuk tenaga paling akhir.
    (‘In each example energy starts as one form and changes into another form. In some cases the energy might actually change into more than one form before the final energy out.’)

    Aktiviti – aktiviti yang terlibat dengan perubahan tenaga.
    (‘Activities involve of transformation of energy.’)

    a) Menghidupkan lampu : Tenaga elektrik → tenaga cahaya 
    (‘Switching on the lights : Electrical energy → light energy.’)

    b) Menyalakan lilin : Tenaga kimia → tenaga haba + tenaga cahaya 
    (‘Lighting a candle : Chemical energy → heat energy + light energy.’)

    c) Kalkulator kuasa solar : Tenaga solar → tenaga elektrik → tenaga cahaya
    (‘Using a solar powered calculator : Solar energy → electrical energy → light energy.’)

    d) Menendang bola : Tenaga kimia → tenaga kinetik → tenaga haba
    (‘Kicking a ball : Chemical energy → kinetic energy → heat energy.’)

    e) Memanaskan air menggunakan cerek elektrik : Tenaga elektrik → tenaga haba
    (‘Boiling water using electric cattle : Electrical energy → heat energy.’)

    Peralatan - peralatan yang mengalami perubahan tenaga. Perubahan tenaga membuatkan hidup manusia lebih mudah dan cepat.
    (‘Appliances that make use of energy transformation. Transformation of energy makes our work easier and faster.’)

    a) Seterika elektrik : Tenaga elektrik → tenaga haba
    (‘Electric iron : Electrical energy → heat energy.’)

    b) Radio menggunakan sumber elektrik : Tenaga elektrik → tenaga bunyi
    (‘Radio using electric power : Electrical energy → sound energy.’)

    c) Kipas siling : Tenaga elektrik → tenaga kinetik + tenaga bunyi
    (‘Ceiling fan : Electrical energy → kinetic energy + sound energy.’)

    d) Dapur gas : Tenaga kimia → tenaga haba + tenaga cahaya
    (‘Gas stove : Chemical energy → heat energy + light energy.’)

    e) Televisyen : Tenaga elektrik → tenaga bunyi + tenaga cahaya
    (‘Television : Electrical energy → sound energy + light energy.’)

    f) Alat pengering rambut : Tenaga elektrik → tenaga kinetik → tenaga haba + tenaga bunyi
    (‘Hairdryer : Electrical energy → kinetic energy → heat energy + sound energy.’)

    g) Lampu suluh : Tenaga kimia → tenaga elektrik → tenaga cahaya
    (‘Torch : Chemical energy → electrical energy → light energy.’)










    VISI SKUAD PENGGUNA

    Mewujudkan pengguna berinformasi dan mempunyai semangat sukarelawan bagi membantu melindungi pengguna dari penyelewengan peniaga yang tidak beretika serta mampu mengamalkan perlindungan kendiri (self-protection).

    Bidang Tugas SP

    • Melapor trend harga, bekalan barangan dan perkhidmatan serta isu-isu kepenggunaan semasa melibatkan kepentingan pengguna.
    • Menyebarkan maklumat kepada para pengguna mengenai isu-isu kepenggunaan, seperti pengedaran poster, risalah, brosur dan sebagainya.
    • Mengendalikan program dan aktiviti kepenggunaan di kawasan komuniti setempat.
    • Menjadi pemangkin untuk gaya hidup lestari dan pencinta alam sekitar.

      Golongan Sasaran SP


      Keahlian SKUAD PENGGUNA adalah terbuka kepada semua bangsa dan profesion yang berminat untuk berkhidmat secara sukarela dan komited untuk membantu memantau harga barangan dan perkhidmatan. Had umur menjadi ahli adalah pada umur 18 tahun ke atas. 

      Terdiri dari ahli NGO Kepenggunaan, NGO Bukan Kepenggunaan, penjawat awam, pelajar universiti dan orang awam yang berminat menjadi ahli SKUAD PENGGUNA.

      UNTUK MAKLUMAT LANJUT,LAYARI: http://www.1pengguna.com/sp

      SUMBER: 1Pengguna KPDNKK