PENGGUNA 2020

 
Malaysia kini dalam proses merealisasikan Wawasan 2020 dan transformasi kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Matlamat akhir kemajuan yang di hasratkan ini di antara lain ialah bagi mencapai kesejahteraan ekonomi sepertimana dinimati di negara-negara maju. Dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi ini, satu persoalan penting yang perlu diberi perhatian ialah kebajikan penguna. Secara idealnya mekanisme pasaran melalui persaingan sempurna akan membawa kepada kecekapan pengeluaran dan peruntukan, justeru meningkatkan kesejahteraan pengguna. Namun kenyataannya, pasaran khususnya di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia beroperasi jauh dari kesempurnaan. Dalam konteks ini pengguna yang merupakan individu kerdil dalam pasaran selalunya berada dipihak yang rugi bila berhadapan dengan firma dan penjual. Kuasa pasaran, sikap pengguna dan masalah penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan terus mengekalkan status quo ini. Tujuan blog ini ialah untuk membincangkan secara ringkas beberapa isu dan cabaran yang dihadapi Malaysia dalam meletakkan pengguna di kedudukan yang sewajarnya selaras dengan komuniti maju pasca modenisme.