ISU-ISU

 
1) MALAYSIA DAN ASEAN PERLU MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN KECEKAPAN TENAGA

 
Pelaksanaan kecekapan tenaga (Energy Efficiency - EE) di seluruh dunia dihadkan oleh pelbagai faktor.  Walau bagaimanapun, permintaan sumber tenaga yang semakin meningkat telah menjadi sebab utama yang mendorong pelaksanaan kecekapan tenaga.  Tambahan pula, menjadi cekap tenaga bukan sahaja dapat mengurangkan kos operasi tetapi menambah perspektif "mesra alam" kepada perniagaan.  Beberapa negara juga telah memperkenalkan kaedah cukai pelepasan karbon untuk tambah nilai dan mempercepatkan perkembangan bidang EE.

AWER telah memilih beberapa ekonomi utama di Asia Pasifik (Australia, China, Hong Kong, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand) dan semua anggota ASEAN bagi tujuan pengumpulan dan analisa data untuk menyediakan status asas pelaksanaan EE merentasi negara-negara ini.  Kajian ini adalah sebahagian daripada Projek Pembuatan dan Penggunaan Lestari (Sustainable Production and Consumption) yang ditaja oleh Suruhanjaya Tinggi British (British High Commission), Kuala Lumpur.

PENGGUNAAN TENAGA DAN PELEPASAN KARBON

Jadual 1 menunjukkan petunjuk-petunjuk pelepasan karbon baginegara-negara Asia Pasifik yang terpilih dan ASEAN.  Penggunaan tenaga adalah berkadar secara langsung dengan pelepasan karbon dioksida (CO2).  Daripada jadual ini, kita dapat lihat bahawa penggunaan tenaga dan pelepasan karbon sesebuah negara berkait rapat dengan tahap pendapatan dan status pembangunannya.  Negara-negara maju dan negara-negara berpendapatan tinggi menggunakan lebih banyak tenaga dan elektrik serta menyebabkan pelepasan karbon yanglebih tinggi.

Dasar dan undang-undang EE mesti dirancang dan dilaksanakan dengan teliti kerana tidak semua penyelesaian EE negara maju boleh terus digunakan sebagai "acuan" dalam ekonomi membangun dan ekonomi kurang membangun.

KERANGKA PERUNDANGAN KECEKAPAN TENAGA

Negara-negara maju mempunyai kerangka undang-undang yang lebih luas melalui pelbagai dasar, undang-undang dan insentif.  Brunei, Kemboja, dan Laos masih dalam usaha untuk membangunkan undang-undang yang berkaitan dengan EE.  Myanmar pula tidak mempunyai undang-undang yang berkaitan dengan bidang ini.  Secara tidak langsung, negara-negara membangun yang biasanya menjadi hub pembuatan (manufacturing hub) pelbagai industri dari negara-negara maju juga telah menerima pakai dasar-dasar dan undang-undang untuk meningkatkan pelaksanaan EE tempatan.

Sebagai contoh, program Top Runner oleh Jepun telah menambah baik prestasi EE untuk pelbagai produk domestik di Jepun dan telah memperkenalkan produk baru kepada dunia dengan harga yang kompetitif.  Ini adalah satu contoh terpilih bagaimana program tempatan mempengaruhi pasaran dunia.  Negara-negara seperti Thailand, Malaysia, Vietnam dan China di mana hub pembuatan elektrik dan elektronik tertumpu juga terpengaruh daripada program sebegini.  Walau bagaimanapun, ia terpulang kepada pentadbiran negara itu sendiri untuk mengikuti perubahan global seperti ini.  Di Malaysia, kita masih di peringkat awal pelaksanaan EE.  Percanggahan fungsi-fungsi di antara agensi-agensi kekal sebagai penghalang utama dan penubuhan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Sustainable Energy Development Authority - SEDA) telah memburukkan lagi keadaan ini.

Standard dan PELABELAN UNTUK KECEKAPAN TENAGA

Keutamaan perlu diberikan kepada standard dan pelabelan untuk mewujudkan pencapaian EE bagi pelbagai produk, proses dan perkhidmatan.  Kegagalan dalam melaksanakan kedua-dua standard dan pelabelan akan menyebabkan dakwaan yang meragukan dan mengelirukan pengguna (termasuk entiti perniagaan).

Berdasarkan laporan-laporan terperinci dan kajian kes-kes yang dikaji oleh AWER, kami dapat membuat kesimpulan bahawa gabungan pelabelan secara mandatori dan sukarela (voluntary) serta dengan Piawaian Minima Prestasi Tenaga (Minimum Energy Performance Standard - MEPS) adalah penting untuk menghalang produk tidak cekap tenaga daripada memasuki pasaran.

MEPS adalah tahap prestasi minimum yang ditetapkan bagi pelbagai jenis produk.  Melalui piawaian mandatori ini, kemasukan produk tidak cekap tenaga ke pasaran dapat dihentikan.  Hanya 8 daripada 17 negara yang telah kami kaji telah melaksanakan MEPS.  Korea Selatan dan China merupakan ekonomi yang menerajui dalam pelaksanaan MEPS.  Malaysia masih TIDAK MEMPUNYAI MEPS sehingga kini.

Pelabelan mandatori biasanya dilaksanakan bagi peralatan dengan penggunaan tenaga yang tinggi atau untuk peralatan yang digunakan dalam kuantiti yang besar atau peralatan yang digunakan untuk satu tempoh masa yang panjang.  Korea Selatan telah menerajui amalan pelabelan mandatori bagi membantu pengguna untuk memilih produk-produk yang sesuai.  Secara tidak langsung, ia membolehkan pembangunan teknologi produk dan modal insan.  Produk yang tertakluk kepada MEPS tetapi tidak tertakluk di bawah pelabelan mandatori boleh dibenarkan untuk menggunakan pelabelan sukarela.

KESIMPULAN


Perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik boleh membantu mempercepatkan pelaksanaan EE di Malaysia dan negara-negara ASEAN.  Antara perkara-perkara yang memerlukan tindakan segera adalah:

i. Mengurangkan jurang di antara peralatan yang mempunyai pelabelan dan yang tiada label serta dengan MEPS di rantau ASEAN.  Ini adalah penting untuk mencegah produk tidak cekap tenaga dilonggokan ke negara-negara yang tidak melaksanakan pelabelan dan MEPS.

ii. Piawaian Minima Prestasi Tenaga (MEPS) Global harus dibangunkan sebagai penanda aras asas (basic benchmark) bagi EE.  Setiap negara boleh menerima pakai penanda aras ini dan boleh melaksanakan MEPS yang lebih ketat untuk negara masing-masing.  MEPS adalah cara yang paling berkesan untuk menghentikan produk yang tidak cekap tenaga daripada dijual di pasaran dan ia adalah lebih mudah untuk dilaksanakan untuk pelbagai produk dalam tempoh masa yang singkat.

iii. Bilangan negara yang mempunyai program yang khusus untuk menangani isu penggunaan tenaga semasa mod-sedia (stand-by mode) adalah terhad.  Dalam dunia teknologi maklumat (IT) dan komputer, penggunaan elektrik semasa mod sedia semakin melonjak.  Maka, kumpulan produk ini dan pembangunannya memerlukan fokus yang lebih tinggi.

iv. Petunjuk untuk pemantauan pencapaian EE mesti diseragamkan di peringkat antarabangsa.  Ini adalah untuk memastikan semua negara boleh mengambil bahagian dan bersaing secara aktif untuk meningkatkan pencapaian mesra alam.  Petunjuk-petunjuk yang berlainan akan menyebabkan perbezaan dalam laporan dan menimbulkan kesulitan untuk memantau pencapaian EE serta ia akan mengelirukan orang ramai dan peniaga dalam mengamalkan EE.

v. Negara-negara membangun mesti memberi tumpuan untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga bagi mengelakkan peningkatan penggunaan tenaga seiring dengan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).  Pengoptimuman melalui EE boleh membantu negara-negara membangun untuk mencapai KDNK yang lebih tinggi dengan peningkatan minimum dalam penggunaan tenaga.  Langkah sedemikian perlu menjadi sebahagian daripada proses pembangunan.  Negara-negara ASEAN tidak seharusnya memulakan pengoptimuman tenaga hanya apabila berada di kemuncak pembangunan ekonomi mereka.

Berdasarkan lengkungan kos pengurangan gas rumah hijau global (Global GHG abatement costcurve), EE berada di bawah sektor tiada pelaburan atau kurang pelaburan.  Banyak audit-audit tenaga dan kajian telah memberikan trend yang hampir sama.  Ini bermakna bahawa pelaburan dalam bidang EE mempunyai pulangan segera dan tidak membazirkan.  Untuk sektor perniagaan, risiko melabur dalam EE adalah agak rendah juga.  Meyakinkan orang awam dan perniagaan tentang penjimatan kos dan faedah kepada alam sekitar melalui pelaksanaan EE memerlukan satu pendekatan yang lebih berkesan.  AWER telah memulakan proses ini di Malaysia melalui LowCO2 Tool kami, iaitu Tangkap si Pencuri yang membantu sektor domestik, komersial, industri dan lain-lain untuk menjalankan audit tenaga yang mudah.  Audit tenaga ini memberi tumpuan kepada penggunaan elektrik untuk mendapatkan kos dan jumlah pelepasan karbon.  Ia boleh digunakan secara PERCUMA di www.click.org.my.




2) KETANDUSAN SUMBER TENAGA

USAHA mencari sumber tenaga boleh diperbaharui dan air bersih adalah penting bagi mana-mana masyarakat lestari, khasnya ketika kedua-dua sumber ini semakin berkurangan seiring dengan peralihan masa. Tenaga dan air saling berkaitan di samping elemen penting yang diperlukan oleh manusia iaitu makanan. Sehubungan itu, akses kepada tenaga boleh diperbaharui dan air bersih penting untuk pembangunan lestari negara dan kelangsungan hidup manusia.

Topik mengenai Makanan, Air dan Tenaga yang dibincangkan pada persidangan antarabangsa World Chambers Conference di Kuala Lumpur baru-baru ini mengupas kesan ketandusan sumber tenaga, air dan makanan terhadap pembangunan lestari. Permintaan dunia bagi tenaga terus meningkat pada kadar antara dua hingga tiga peratus setiap tahun. Ia mewakili kira-kira 530 joule (EJ) pada waktu ini tetapi wujud kebimbangan terhadap bekalan bahan api fosil yang boleh mencetuskan satu era harga minyak yang lebih tinggi yang menjejaskan pembangunan lestari.

Pada masa yang sama, manusia memerlukan lapan bilion meter padu air menjelang 2030 tetapi hanya separuh daripada jumlah itu boleh diperbaharui. Ini bermakna, bekalan air juga akan berkurangan. Perubahan iklim juga memberi kesan apabila paras laut kian meningkat, kemarau, banjir, kutub dan glasier yang mencair.


3) HARAPAN TERHADAP INDUSTRI TENAGA DIPERBAHARUI
  
Harga minyak mentah dunia yang melambung dan tidak stabil sememangnya menjadi beban kepada orang ramai kerana ia memberi kesan besar kepada kos penjanaan tenaga elektrik, selain daripada sektor pengangkutan. Ini kerana sejak sekian lama, selain daripada menggunakan tenaga hidro, minyak digunakan dengan meluas untuk menggerakkan pusat-pusat penjana elektrik di seluruh dunia. Bagi melegakan pembekal bekalan elektrik, banyak negara kini mula beralih mencari sumber tenaga alternatif atau tenaga yang boleh diperbaharui untuk menggerakkan turbin-turbin di pusat janakuasa elektrik mereka.


Sememangnya, masih banyak tenaga alternatif dan boleh diperbaharui yang boleh digunakan seperti tenaga nuklear, air, biomas, angin, suria dan juga hidrogen. Bukan sahaja ia murah tetapi tenaga yang dihasilkan daripada bahan alternatif ini lebih bersih dan mesra alam, memandangkan ia boleh diperbaharui dengan mudah. Bagaimanapun antara tenaga yang diperbaharui, tenaga hidro (air) antara yang paling banyak dibangunkan termasuk di negara kita.

Bagaimanapun, untuk membangunkan pusat janakuasa berasaskan hidro, kita terpaksa mengorbankan sejumlah kawasan yang besar untuk menakung air dan ia pula seharusnya berada di kawasan yang terdapat air terjun. Kini timbul pula teknologi menggunakan pergerakan arus pasang surut air laut untuk dijadikan penggerak kepada sumber tenaga elektrik yang baru. Bagaimanapun, teknologi ini masih baru. Di negara ini, ramai yang semakin memberi perhatian untuk memajukan biomas sebagai sumber tenaga kerana Malaysia mempunyai sumber yang banyak ia menggunakan sumber sisa tumbuhan atau batang kayu.


Sisa buangan bahan daripada pokok sawit seperti tandan, gentian dan sebagainya misalnya boleh digunakan untuk menghasilkan bahan bakar yang baik. Konsep ini hampir sama dengan bahan api fosil seperti arang batu yang digunakan sebagai bahan bakar untuk sesetengah pusat janakuasa elektrik. Nuklear pula walaupun dikira boleh menjadi sumber tenaga yang baik tetapi perlu mengambil kira mengenai isu keselamatan. Biarpun ia tidak melibatkan pembebasan karbon dioksida tetapi ramai yang bimbang mengenai masalah sisa pembuangan bahan radioaktif. Pengarah dan Pengasas Institut Bahan Api Sel, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Wan. Ramli Wan Daud berkata, bahan api fosil bukan saja tidak boleh diperbaharui tetapi juga menyumbang peningkatan gas rumah hijau.

“Tenaga alternatif yang boleh diperbaharui masih menyumbang kepada gas rumah hijau tetapi kesannya masih kurang,” katanya selepas Forum Inovasi Teknologi Bisnes di Taman Teknologi Malaysia, dekat sini, baru-baru ini.

Pelan strategik

Beliau menambah, bagi mengatasi krisis tenaga, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) telah mengenal pasti beberapa pelan strategik melibatkan pembangunan tenaga mapan. Ia dilaksanakan menerusi bekalan kos efektif, mengurangkan pencemaran udara yang terhasil daripada pengangkutan dan industri gas asli dan kuasa elektrik menggunakan teknologi arang yang bersih. Selain itu, penggunaan tenaga secara cekap, mempromosikan kecekapan kuasa dan memperkenalkan tenaga boleh diperbaharui sebagai bahan api alternatif. Wan Ramli berkata, pada 2001, tenaga diperbaharui diletakkan pada tempat ke lima selepas minyak, arang batu, gas dan tenaga hidro.


Campuran bahan bakar pada 2010 disasarkan kepada 40 peratus gas, 40 peratus arang batu, 10 peratus tenaga hidro dan 10 peratus tenaga diperbaharui. Bagi jangka pendek, terdapat biomas daripada kelapa sawit dan biodiesel daripada minyak sawit, manakala jangka masa sederhana terdapat biomas, biodiesel dan tenaga suria. Bagi jangka masa panjang pula, terdapat tenaga suria, hidrogen, bahan bakar sel dan nuklear. Menyentuh mengenai biomas daripada kelapa sawit, Wan Ramli berkata, negara merupakan pengeluar utama minyak sawit dunia dengan keluasan tanaman 3.8 juta hektar. “Kini biomas hasil ladang sawit telah digunakan bagi menjana kuasa elektrik di dalam kilang,” katanya. Terdapat dua program utama biomas iaitu:

lProgram tenaga Diperbaharui skala kecil (SREP) liomass-based Power Generation Program in the Malaysian Plan Oil Industry (BIOGEN) dengan kerjasama UNDP. Ujarnya, program tenaga daripada biomas tidak mendapat sambutan menggalakkan kerana tarif yang ditawarkan adalah rendah 17 sen/kWh (kilowatt sejam) dan biomas sawit lebih mahal kerana bersaing dengan kegunaan lain seperti dalam pembuatan kusyen kereta, papan lapis dan makanan ternakan.

“Sejarah biodiesel bermula pada tahun 1980-an tetapi ia kurang mendapat perhatian daripada industri pengangkutan kerana tidak terdapat polisi yang jelas dari kerajaan dan harga minyak sawit yang semakin tinggi berbanding petroleum,” katanya. Beliau menambah, biodiesel dilihat relevan digunakan jika harga bahan bakar fosil lebih tinggi berbanding minyak sawit. Justeru pokok jarak atau jathopra diambil sebagai alternatif lain bagi menggantikan biomas daripada kelapa sawit.“Pokok jarak dipilih kerana toksik dan tidak bersaing sebagai bahan makanan dan harganya rendah berbanding minyak sawit,” katanya.

Angin

Akan tetapi, permintaan terhadap tenaga yang semakin tinggi, menyebabkan negara merancang menggunakan tenaga angin sebagai alternatif. Tenaga angin adalah sumber tenaga yang masih kurang dibangunkan di negara ini sebagai tenaga diperbaharui, berbanding di negara-negara maju. Potensi tenaga angin dilihat di kawasan pantai timur semenanjung seperti kuala Terengganu dan Mersing dengan tiupan angin semasa monsun Timur Laut yang sentiasa bertiup kencang.

Selain itu, tenaga solar juga merupakan satu lagi tenaga alternatif yang digunakan dalam kilang-kilang terutama untuk tujuan pengeringan. Malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa mendapat cahaya matahari sepanjang tahun bagaimanapun cabaran terletak kepada kos photovoltaik yang mahal. Tenaga hidrogen dan suria telah dikenalpasti sebagai tenaga diperbaharui alternatif kepada bahan api fosil. Sel bahan bakar merupakan satu peralatan sesuai bagi mengubah menghasilkan hidrogen misalnya dalam pengangkutan.

Bagi membangunkan tenaga suria, Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) ditubuhkan pada 2005 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menggabungkan pelbagai fakulti dalam penyelidikan. Institut Sel Bahan Bakar pula dibangunkan di UKM pada tahun lalu yang bertujuan membangunkan tenaga yang boleh diperbaharui. Terkini, sel biofuel yang menghasilkan tenaga elektrik daripada bahan biologi dan menggunakan pemangkin biologi bagi mengubah tenaga kimia dalam bahan bakar biologi dan oksigen kepada tenaga elektrik dan air.

Sementara itu biohidrogen pula boleh dihasilkan oleh bakteria hasil tindakbalas biologi. Terdapat dua jenis proses bagi menghasilkan biohidrogen iaitu proses menggunakan cahaya dan proses tanpa cahaya. Sememangnya, masih banyak sumber yang boleh digunakan untuk menjana bekalan elektrik di negara kita dan terpulang kepada para saintis untuk mengemukakan idea-idea bernas hasil kajian mereka.



4) KEARAH PENGGUNAAN TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI
                                                                                                                                      
Malaysia kembali gamat apabila harga petrol RON97 meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter mulai 1 Februari 2011. Sedikit sebanyak, kesan ini dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak kira kaum, status dan umur. Impak terhadap kenaikan harga petrol ini pastinya membawa kepada kenaikan harga barang-barang mentah yang boleh membawa kepada inflasi negara.

Perkara ini pastinya akan menyulitkan negara dalam merealisasikan Model Baru Ekonomi (MBE) menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) yang mengaspirasikan status negara berpendapatan tinggi. Hakikatnyata, permasalahan ini berpunca daripada keadaan ekonomi global yang sedang meruncing akibat kenaikan harga minyak dunia. Kita perlu menyedari bahawa kebergantungan Malaysia terhadap minyak mentah dan gas asli untuk menjana pembangunan negara amatlah tinggi. Petrol digunakan secara meluas untuk pelbagai sektor yang melibatkan penggunaan tenaga yang besar. Ini termasuklah pengangkutan industri dan penjanaan bekalan elektrik yang saling berkaitan dengan sub-industri lain, contohnya sektor pembinaan, pengangkutan awam dan bekalan bahan mentah yang memacu pembangunan negara. Justeru itu, apabila berlakunya kenaikan harga petrol dunia, negara turut merasakan impaknya.

Selama ini, rakyat Malaysia begitu selesa dengan subsidi petrol yang melimpah ruah. Hasilnya, penggunaan kenderaan begitu tinggi di Malaysia dan ia pasti menuntut permintaan yang tinggi terhadap bahan bakar. Sektor-sektor pembinaan dan pengangkutan awam juga mengharapkan bekalan bahan bakar yang tinggi. Apabila wujud kemelut dalam kenaikan pasaran harga minyak, maka berlakulah sikap tuding menuding di antara satu sama lain.

Ledakan kemarahan berlaku di kalangan pengguna. Kenaikan harga bahan-bahan mentah menyebabkan industri-industri lain turut terjejas. Situasi ini sedikit sebanyak menuntut kepada pencarian alternatif lain bagi membekalkan tenaga dengan kadar segera. Terdapat pelbagai usaha untuk mencari penyelesaian bagi permasalahan ini. Antaranya, melancarkan secara meluas penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy). Menerusi Rancangan Malaysia ke-10, Polisi Tenaga Baru telah diperkenalkan yang antaranya adalah untuk memacu ke arah pembangunan strategik pelbagai sumber tenaga baru termasuklah tenaga yang diperbaharui. Rakyat harus diperkenalkan secara meluas menerusi media massa terhadap pelan tindakan dan usaha-usaha penyelidikan tenaga ini supaya mereka lebih memahami dan bersedia pada masa hadapan.


5) GALAK TENAGA ELEKTRIK BOLEH DIPERBAHARUI

DEWAN Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu 2010 yang dibentangkan pada sesi persidangan Disember lalu. Rang undang-undang itu digubal bertujuan meningkatkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui secara lebih agresif di negara ini. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, di bawah rang undang-undang itu kerajaan akan melaksanakan sistem Tarif ‘Feed-in’ yang dilihat sesuai digunakan di negara ini berbanding negara lain.

“Sistem Tarif ‘Feed-in’ ini kita sudah buat kajian dengan sistem yang digunapakai di negara lain dan juga perbandingan dengan cara di negara maju. “Ini kita anggap sistem itu dirasakan baik dan sesuai untuk negara ini,” katanya ketika menggulungkan rang undang-undang itu. Disember lalu, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Noriah Kasnon ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata langkah itu selaras dengan matlamat kerajaan yang mensasarkan 2,080 megawatt (MW) kapasiti tenaga boleh diperbaharui menjelang 2020.


Berdasarkan rang undang-undang itu, kerajaan menawarkan kadar tarif kompetitif bagi membeli balik kuasa elektrik yang dihasilkan individu dan syarikat sebagai langkah galakan untuk mereka melabur dalam projek janakuasa tenaga boleh diperbaharui. Dalam perbahasan sebelum itu, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) serta seorang anggota pembangkang bersepakat meminta kerajaan memberi pendidikan kepada rakyat mengenai baik dan buruk penggunaan tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik sebelum keputusan muktamad dibuat.


Mereka berpendapat adalah tidak wajar penggunaannya ditolak mentah-mentah atau diterima bulat-bulat tanpa rakyat diberikan maklumat sepenuhnya mengenai tenaga itu kerana sudah terbukti ia adalah salah satu alternatif terbaik bagi menjana tenaga elektrik.



6) BEKALAN TENAGA ELEKTRIK MENGGUNAKAN TEKNOLOGI BIOMAS TANDAN KELAPA SAWIT KOSONG

Masyarakat di seluruh kawasan Tanah Rancangan Felda Jengka bakal menikmati kemudahan elektrik secara berterusan apabila Felda Global dan Tenaga Nasional Berhad bekerja sama membina kilang penghasilan tenaga di Jengka 9 menggunakan teknologi biomas tandan kelapa sawit kosong. Presiden Kumpulan Felda Global, Datuk Sabri Ahmad berkata, gabungan kedua-dua organisasi di bawah nama FTJ Bio Power Sdn Bhd itu bakal membekalkan 12.5 mW tanaga elektrik serta mampu menampung bekalan elektrik ke seluruh kawasan Jengka.

Menurutnya, projek yang bernilai RM120 juta itu dibina di atas tanah seluas 4.2 hektar serta dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2012 nanti. “Tenaga yang dihasilkan melalui kilang ini kemudiannya akan dibekalkan melalui Bekalan Elektrik Nasional di bawah Program Tenaga Diperbaharui Kecil (SREP). “Kilang ini akan memproses tandan kelapa sawit kosong yang terbuang selepas proses penghasilan minyak kelapa sawit. Jumlah tandan kelapa sawit kosong ini berjumlah kira-kira 350,000 tan setahun,” katanya selepas majlis perasmian FTJ Bio Power Sdn Bhd, di sini semalam.

Syarikat gabungan itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sempena lawatan beliau ke Jengka 23, semalam. Sabri berkata, industri kelapa sawit Negara menghasilkan 140 juta tan biomas setiap tahun dan 20 juta tan daripadanya adalah melalui penggunaan tandan kelapa sawit kosong. “Felda sebagai pengeluar kelapa sawit terbesar negara menghasilkan tiga juta tan kelapa sawit kosong dan ia merupakan satu peluang yang berharga dengan menukarkan tandan kelapa sawit kosong dan hampas kelapa sawit kepada tenaga elektrik,” katanya. Beliau berkata, projek itu nanti akan menyokong dan memenuhi permintaan tenaga elektrik negara yang semakin bertambah selain menyediakan kira-kira 200 peluang pekerjaan di kawasan Jengka.


7) SYARIKAT PERLADANGAN KELAPA SAWIT DIGALAK BINA LOJI JANAKUASA BIOMASS

SANDAKAN: Syarikat perladangan kelapa sawit yang besar digalakkan menjana kuasa elektrik menggunakan tandan kelapa sawit kosong (EFB) bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan tenaga elektrik di negeri ini. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata usaha itu penting kerana penggunaan EFB mampu membantu memulihkan situasi kekurangan bekalan tenaga elektrik khususnya di kawasan timur Sabah.

Katanya industri kelapa sawit di negeri ini adalah yang terbesar dalam negara dan sudah tentu EFB dari industri itu boleh dimanfaatkan semula sebagai tenaga diperbaharui untuk menjana kuasa elektrik. "Jika syarikat perladangan besar membina Loji Janakuasa Biomass memproses EFB untuk dijadikan sumber kuasa elektrik bagi kegunaan kilang mereka, ia dapat membantu usaha mengatasi kekurangan bekalan elektrik di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Pencawang Masuk Utama (PMU) Sim-Sim di sini kelmarin.

PMU Sim-Sim menempatkan 20 set janakuasa mudah alih mampu menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 20 megawatt dan beroperasi sejak September tahun lepas. Chin berkata jika perlu syarikat perladangan yang besar di negeri ini akan diwajibkan membina Loji Janakuasa Biomass yang memproses EFB di kilang masing-masing. "Saya akan mengemukakan cadangan itu kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi melalui menterinya Tan Sri Bernard Dompok sebagai salah satu perancangan jangka panjang mengatasi kekurangan bekalan elektrik di negeri ini," katanya.

Terdapat lima Loji Janakuasa Biomass di Sabah yang memproses EFB untuk dijadikan sumber menjana kuasa elektrik dan hanya tiga daripada loji itu menjual tenaga elektrik kepada SESB mengikut Perjanjian Pembelian Tenaga Elektrik Yang Boleh Diperbaharui (REPPA). Tiga loji yang menjual tenaga elektrik kepada SESB ialah Kina Biopower Sdn Bhd dan Seguntor Bioenergy Sdn Bhd, kedua-duanya beroperasi di daerah ini dan sebuah lagi ialah TSH Bioenergy Sdn Bhd di Tawau. 



8) INFORMASI : SEB TERAJUI PENGELUARAN TENAGA DIPERBAHARUI

SIBU: Sarawak Energy Berhad (SEB) akan menerajui pengeluaran tenaga diperbaharui di Asia Tenggara. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SEB Torstein Dale Sjotveit berkata, beliau telah menyerahkan pelan tindakannya kepada pihak lembaga baru-baru ini. “Pelan tindakan ini merangkumi pembinaan lapan stesen jana kuasa sebelum 2020 termasuk Bakun dan Murum,” jelasnya. Torstein berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyampaian Khidmat Setia Cemerlang SEB Wilayah Tengah yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka, malam kelmarin.

Seramai 57 penerima Khidmat Setia Cemerlang SEB dari kawasan wilayah tengah Sibu menerimanya.Katanya lagi, tambahan stesen jana kuasa itu akan mengeluarkan kira-kira 35,000 hingga 45,000 gigawatt unit tenaga menjelang 2020.“Ini bermakna stesen jana kuasa ini mampu mengeluarkan lapan hingga sembilan kali ganda berbanding dengan pengeluaran tenaga sekarang ini.“SEB juga akan menjadi kuasa tenaga di rantau ini untuk memberikan kemakmuran kepada generasi akan datang di Sarawak,” ujar beliau.

Ujar Torstein, tenaga diperbaharui ini juga akan menjana pembangunan pertumbuhan pasaran tempatan dan mengukuhkan industri baru di Sarawak serta eksport ke negara jiran seperti Brunei dan Indonesia.Tambah beliau, isu Bakun menjadi agenda utama SEB untuk tahun 2010 dengan keutamaan utama bagi memastikan sumber tenaga dari Bakun dimanfaatkan untuk menjana kuasa pertumbuhan ekonomi pada masa depan Sarawak.

“Pasukan di ibu pejabat akan berusaha dengan kerajaan negeri dan kerajaan pusat bagi memastikan kejayaan pengambilalihan Bakun,” katanya.Menurut Torstein, kerja-kerja pelencongan (diversion tunnel) telah siap sepenuhnya dan kerja-kerja pembinaan empangan utama masih dijalankan.“Apa yang penting ialah kita telah diperkenalkan dengan struktur dan proses yang diperlukan bagi memastikan projek berjalan lancar seperti yang ditetapkan,” jelasnya.Turut hadir Pengurus Besar Sumber Manusia Pembangunan Organisasi SEB Aishah Eden.


9) INFORMASI : KORIDOR TENAGA DIPERBAHARUI SARAWAK (SCORE)

BINTULU: Tiga belas memorandum persefahaman (MoU) bernilai berbilion-bilion ringgit akan ditandatangani pada majlis pelancaran Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score). Upacara menandatangani MoU dan bertukar dokumen MoU akan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sebelum itu, Perdana Menteri akan melancarkan Score - koridor kelima, yang juga terakhir dilaksanakan di negara ini ke arah membawa pembangunan seimbang di seluruh negara.

Empat koridor yang dilancarkan sebelum ini ialah Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor; Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER); Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC).Menurut sumber, 13 MoU yang dijadual ditandatangani esok ialah antara;

* Kumpulan Sarawak Energy Berhad; Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) dengan Rio Tinto Aluminium Limited bagi Sarawak Energy Berhad untuk membekalkan tenaga di antara 900 megawat sehingga 1,200 megawat kepada kilang peleburan alumunium yang akan dibina di Similajau, Bintulu.

* Kumpulan Sarawak Energy Berhad dengan Press Metal Berhad bagi Sarawak Energy Berhad membekalkan tenaga tambahan sebanyak 510 megawat kepada kilang peleburan alumuminium yang akan dibina di Mukah menjelang 2010.

* Kumpulan Sarawak Energy Berhad dengan Kumpulan Sime Darby Berhad bagi kedua-dua pihak melaksanakan projek loji penyaluran tenaga termasuklah pembinaan dua kabel dasar laut untuk menghubungi projek Hidro Bakun dengan Semenanjung.

* Sarawak Energy Berhad dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mewujudkan komitmen dan persefahaman di antara TNB dan Sarawak Energy Berhad bagi menyediakan struktur dan asas kerjasama.

* Kumpulan Carbon Corporation Sdn Bhd dan Japan Carbon Company Limited untuk bersama-sama melabur dan membangunkan projek tenaga dan sumber bio-fuel diperbaharui di Koridor Sarawak.

* Konsortium Galdasar Sdn Bhd (Malaysia) dan Yuh Yow Fishery Company Limited bagi menubuhkan syarikat usaha sama untuk menjalankan perniagaan dalam industri perikanan dan akuakultur.

* Konsortium Galdasar Sdn Bhd (Malaysia) dan Shei Chui Oceanic Enterprise Company Limited bagi menubuhkan syarikat usaha sama bagi membangun dan menyelenggara limbungan kapal.

* Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Asia ZincOX Resources Plc United, bagi menubuhkan persefahaman di antara ZincOX dan BDA untuk membina Kilang Penapisan Zinc Electro di Bintulu.

* Kumpulan Sarawak Energy Berhad; RHB Islamic Bank Berhad; Unicorn International Islamic Bank Malaysia Berhad dan Kuwait Finance House Malaysia Berhad bagi membangunkan penjanaan dan penyaluran tenaga di Sarawak.

* Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad; Rio Tinto Aluminium dan International College of Advanced Technology Sarawak (ICATS) bagi menyediakan latihan kepada kakitangan teknikal Syarikat Aluminium Sarawak (Salco).

* Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad dan Rio Tinto Aluminium Limited bagi Aluminium Pechiney menyediakan teknologi kepada Syarikat Aluminium Sarawak (Salco).

* Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad dan MMC Corporation Bhd untuk membangunkan kluster bersepadu keluli di Sarawak.

* Acacia Cellulose International Sdn Bhd (Acacell) dan Sarawak Planted Forest Sdn Bhd (SPF) untuk menyediakan 1.6 juta ADT kayu palpa kepada Acacell setiap tahun.

Sementara itu, Pengarah Urusan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Mohidin Ishak, berkata pihaknya akan menandatangani satu MoU dengan pihak dari barat untuk membangunkan industri berat di sini membabitkan pelaburan berbilion ringgit. "Beberapa industri dari Korea, Taiwan dan barat juga telah menunjukkan minat membuka industri berat di Similajau, Bintulu. BDA gembira kerana turut terbabit dalam pelaburan besar ini dan mengalu-alukan kedatangan pelabur ke Score khususnya ke Bintulu," katanya. 



10) APAKAH SREP?

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memperkasakan pembangunan RE sebagai bahanapi kelima negara, Program Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (SREP) telah dilancarkan pada 11 Mei 2001. Program SREP ini merupakan inisiatif Kementerian Tenaga, Kominikasi dan Multimedia (kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dengan objektif untuk mempromosikan penggunaan meluas sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang terdapat di negara ini, khususnya untuk penjanaan kuasa.

Melalui Program ini, janakuasa-janakuasa kecil yang menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui boleh memohon untuk menjual elektrik kepada utiliti melalui Sistem Grid Pengagihan. Penggunaan semua jenis sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui, termasuk biomass, biogas, ‘municipal waste’, solar, mini-hidro dan angin, adalah dibenarkan di bawah Program ini. Bagi menyelaras pelaksanaan projek-projek di bawah Program SREP, sebuah Jawatankuasa Khas Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (SCORE) telah diwujudkan di Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air); di mana Suruhanjaya Tenaga bertindak sebagai Urusetia Program SREP.


11) SABAH  MAMPU MENJADI PENERAJU TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI

KOTA KINABALU, 3 April 2010: Sabah, dan Malaysia secara keseluruhannya, mampu memperolehi manfaat hasil penggunaan tenaga elektrik bersih, menurut satu kajian awal mengenai penjanaan kuasa di negeri ini. Salah satu cara mencapai hasrat ini adalah kerajaan perlu menimbang semula keputusan mengenakan had pengeluaran 10 megawatt (MW) ke atas penjanaan elektrik dari pengeluar kuasa persendirian (IPP) yang menyertai program Pembangunan Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (SREP).  Syarikat penjana elektrik juga perlu menimbang untuk membayar mereka yang menyertai SREP lebih dari maksimum 21 sen se kilowatt jam (kWh) untuk tenaga biomas, seperti yang datang dari sisa tandan kelapa sawit.

“Langkah seperti ini akan membantu mengurangkan sisa hasil pemprosesan perladangan, membantu Malaysia mencapai cita-citanya dalam sasaran mengurangkan gas rumah hijau dan menyediakan peluang pekerjaan. “Terdapat geran antarabangsa untuk penyelidikan, pinjaman dengan kadar faedah rendah dan insentif pengimbangan karbon (carbon offset) untuk mereka yang membangunkan projek penjanaan kuasa dari sisa kelapa sawit," menurut kajian "Pilihan Tenaga Bersih Untuk Sabah: Analisa Sumber dan Kos." Kajian yang memetik pelbagai sumber tempatan dan antarabangsa, bertujuan menganalisa maklumat potensi tenaga boleh diperbaharui di Sabah, salah satu alternatif mesra alam dan kos efektif pada cadangan membina janakuasa arang batu 300 MW di Lahad Datu.

Laporan hasil penyelidikan itu ditulis oleh Profesor bidang tenaga di University of California di Berkeley, Daniel M. Kammen; pelajar undang-undang dari universiti yang sama Tyler McNish; dan pelajar bidang Sains Alam Sekitar dan Polisi Awam Harvard College, Benjamin Gutierrez. Green SURF (Sabah United to Re-Power the Future), gabungan lima pertubuhan bukan kerajaan, telah meminta kajian tersebut dijalankan untuk melihat jenis-jenis pilihan lain untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik, terutamanya di pantai timur. Laporan menegaskan 42 daripada 117 kilang sawit di Sabah bersaiz cukup besar untuk menghasilkan 380MW pada masa ini. Kapasiti penjanaan mampu meningkat ke 510MW menjelang 2020 sekiranya jumlah kilang bersaiz besar bertambah bilangannya sejajar dengan penghasilan lebih banyak tandan kelapa sawit segar. Pada masa ini, hanya terdapat 30MW yang dijana dari sisa sawit hasil pembangunan projek SREP di Sabah.

Berdasarkan analisa kos dan insentif sedia ada untuk tenaga boleh diperbaharui, kajian ini mendapati projek penjaanan kuasa dari sisa sawit di kilang-kilang besar adalah kos kompetitif dengan arang batu. Ia juga mendapati kuasa hidro adalah kos kompetitif dengan kuasa yang datang dari arang batu, namun mencadangkan lebih banyak kajian dijalankan untuk mengenalpasti kawasan sesuai bagi pembangunan hidro memandangkan data yang ada kini sudah lapuk (dari tahun 1980an). Ia juga mendapati kuasa dari arang batu adalah lebih kompetitif berbanding kuasa geotermal, tetapi tenaga geotermal adalah bersih dan terdapat satu tapak berhampiran Tawau yang mampu menghasilkan 67MW. Kajian tersebut turut mencadangkan agar subsidi ke atas sumber fosil (seperti gas) yang mempengaruhi pasaran tenaga secara tidak adil, dihentikan secara berperingkat. Pada masa yang sama, perlunya kajian berterusan ke atas potensi sumber boleh diperbaharui seperti geotermal, angin dan mikro hidro.

Satu aspek penting hasil kajian Profesor Kammen dan rakan-rakannya adalah perlunya penggunaan tenaga elektrik secara efisien di rumah dan bangunan komersil, langkah yang mampu menjimatkan lebih dari 100MW di Sabah. Profesor Kammen yang menerangkan dengan lebih lanjut konsep ini dalam satu forum yang diadakan di sini baru-baru ini, menegaskan penggunaan tenaga secara efisien adalah alternatif paling murah untuk Sabah menangani masalah kekurangan bekalan elektrik. “Ia bukan sahaja satu cara untuk mengimbangi penggunaan sumber fosil, tetapi turut membantu menjimatkan wang. Ia adalah pilihan yang terbaik. “Sabah perlu mengambilkira pilihan pelbagai yang ada di negeri ini, seperti kuasa geotermal, hidro, biomas dan penggunaan tenaga secara efisien. “Sesetengah pihak mungkin merasakan ia mustahil dilakukan, tetapi bagi negara yang telah mencubanya, mereka mendapati mereka kurang bergantung pada sumber fosil dan tidak perlu mengimpot sumber tersebut. Ini juga boleh mengurangkan pengaliran wang ke luar.

“Hasil kebimbangan tentang perubahan iklim, lebih dari seratus loji janakuasa arang batu di Amerika Syarikat dibatalkan,” kata Kammen pada forum yang dihadiri hampir 400 orang. Menurut Kammen, Sabah mempunyai peluang untuk menghasilkan tenaga mencukupi tanpa loji arang batu, dan mampu menjadi peneraju tenaga boleh diperbaharui di rantau Asia Timur. Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam laporan itu selari dengan Model Ekonomi Baru yang dilancarkan kerajaan Malaysia beberapa hari lalu. Model tersebut antara lain menyeru agar negara menjadi peneraju teknologi hijau memandangkan Malaysia mempunyai banyak sumber semulajadi, yang mampu membantu negara menunaikan janjinya pada masyarakat dunia untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 40 peratus pada 2020 berbanding tahap tahun 2005. Majlis Penasihat Ekonomi Negara memberi amaran bahawa Malaysia berhadapan kemusnahan alam sekitar dan sekatan global yang akan membawa kesan negatif ke atas ekspot dan pendapatan negara, sekiranya sumber alamnya tidak dijaga dengan baik. Kawasan yang dipilih untuk cadangan pembinaan loji arang batu di Lahad Datu adalah berdekatan dengan Wilayah Ekologi Marin Sulu Sulawesi yang dikenali di serata dunia sebagai pusat marin dan perikanan.



12) PENGHASILAN TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI : ALTERNATIF HARGA BAHAN API PETROL

Malaysia kembali gamat apabila harga petrol RON97 meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter mulai 1 Februari 2011. Sedikit sebanyak, kesan ini dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak kira kaum, status dan umur. Impak terhadap kenaikan harga petrol ini pastinya membawa kepada kenaikan harga barang-barang mentah yang boleh membawa kepada inflasi negara. Perkara ini pastinya akan menyulitkan negara dalam merealisasikan Model Baru Ekonomi (MBE) menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) yang mengaspirasikan status negara berpendapatan tinggi. Hakikatnyata, permasalahan ini berpunca daripada keadaan ekonomi global yang sedang meruncing akibat kenaikan harga minyak dunia.

Kita perlu menyedari bahawa kebergantungan Malaysia terhadap minyak mentah dan gas asli untuk menjana pembangunan negara amatlah tinggi. Petrol digunakan secara meluas untuk pelbagai sektor yang melibatkan penggunaan tenaga yang besar. Ini termasuklah pengangkutan industri dan penjanaan bekalan elektrik yang saling berkaitan dengan sub-industri lain, contohnya sektor pembinaan, pengangkutan awam dan bekalan bahan mentah yang memacu pembangunan negara. Justeru itu, apabila berlakunya kenaikan harga petrol dunia, negara turut merasakan impaknya. Selama ini, rakyat Malaysia begitu selesa dengan subsidi petrol yang melimpah ruah. Hasilnya, penggunaan kenderaan begitu tinggi di Malaysia dan ia pasti menuntut permintaan yang tinggi terhadap bahan bakar. Sektor-sektor pembinaan dan pengangkutan awam juga mengharapkan bekalan bahan bakar yang tinggi. Apabila wujud kemelut dalam kenaikan pasaran harga minyak, maka berlakulah sikap tuding menuding di antara satu sama lain.

Ledakan kemarahan berlaku di kalangan pengguna. Kenaikan harga bahan-bahan mentah menyebabkan industri-industri lain turut terjejas. Situasi ini sedikit sebanyak menuntut kepada pencarian alternatif lain bagi membekalkan tenaga dengan kadar segera. Terdapat pelbagai usaha untuk mencari penyelesaian bagi permasalahan ini. Antaranya, melancarkan secara meluas penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy). Menerusi Rancangan Malaysia ke-10, Polisi Tenaga Baru telah diperkenalkan yang antaranya adalah untuk memacu ke arah pembangunan strategik pelbagai sumber tenaga baru termasuklah tenaga yang diperbaharui. Rakyat harus diperkenalkan secara meluas menerusi media massa terhadap pelan tindakan dan usaha-usaha penyelidikan tenaga ini supaya mereka lebih memahami dan bersedia pada masa hadapan.

Apakah ia tenaga boleh diperbaharui? Ia merupakan sejenis tenaga yang dihasilkan daripada janaan sumber semula jadi seperti cahaya matahari, angin, hujan, ombak dan geoterma, yang mana ia diperbaharui secara semula jadi. Tenaga ini lebih bersih dan tidak akan pupus. Ia menghasilkan kuasa solar, hidro-elektrik, biojisim dan bahan bakar bio yang penting untuk industri. Gabungan penggunaan tenaga-tenaga ini dapat memberikan bekalan tenaga yang lebih lestari, konsisten, bersih dan menyelamatkan bumi dari kesan pencemaran. Negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan benua Eropah sedang giat mengusahakan sektor tenaga boleh diperbaharui ini secara meluas di negara mereka.

Negara jiran, Thailand walaupun dalam keadaan politik yang tidak stabil, begitu pesat membangunkan industri solar mereka. Semua negara ini mempunyai matlamat mencari sumber tenaga alternatif yang lebih lestari, selain daripada petrol. Malaysia semestinya bertuah kerana secara geografinya terletak di garisan Khatulistiwa yang memberikan kelebihan terhadap bekalan kuasa matahari dan air yang tinggi. Kuasa solar yang selama ini mampu membekalkan bekalan sumber elektrik di kawasan-kawasan pedalaman di Malaysia, sepatutnya diperluaskan dengan lebih giat ke seluruh negara terhadap pelbagai sektor.

Terdapat suntikan usaha-usaha penggunaan solar oleh organisasi-organisasi tertentu, namun masih di peringkat minimum. Manakala, hujan yang turun sepanjang tahun yang selama ini dibiarkan terbuang sebenarnya boleh dijana dan dibentuk menjadi sumber tenaga hidro. Selain itu, kelebihan industri kelapa sawit yang meluas di negara ini dapat memberikan impak menerusi bahan bakar bio. Kelebihan ini perlu dipergunakan sebaik mungkin dan usaha yang giat sepatutnya diperluaskan. Penyelidikan-penyelidikan berskala besar perlu diperuntukkan untuk sektor ini dan hasil penyelidikan sepatutnya telah mula dikomersialkan bagi penggunaan semua.

Ramai berpendapat, penghasilan tenaga alternatif lebih tinggi daripada petrol. Namun hakikatnya, adakah kita mempunyai pelan perancangan jangka panjang jika sesuatu berlaku kepada sumber asli ini? Apakah yang akan berlaku sekiranya kita terlampau bergantung terhadap satu sumber yang tidak lestari? Ini pastinya boleh menyekat pertumbuhan negara pada masa hadapan. Dengan kadar pertambahan bilangan rakyat Malaysia di masa hadapan, ia sedikit sebanyak bakal mempengaruhi permintaan tenaga yang tinggi. Usaha untuk menggalakkan rakyat berjimat cermat adalah baik, namun ia lebih bersifat sementara. Oleh itu, perancangan jangka panjang untuk penghasilan tenaga-tenaga lain merupakan satu tindakan bijak untuk kesejahteraan negara.

Di Malaysia sendiri sebenarnya terdapat banyak pusat penyelidikan untuk tenaga yang boleh diperbaharui ini. Hampir semua universiti-universiti awam mempunyai pusat penyelidikan dengan kapasiti penyelidik yang ramai. Kepakaran warga tempatan untuk menyalurkan khidmat nasihat kepada kerajaan dalam melancarkan Polisi Tenaga Baru amat signifikan dalam menjana pembangunan negara. Apa yang pasti, proses ini haruslah dijalankan secara berterusan dan sistematik. Antara yang patut dilakukan adalah mula mengorak langkah terhadap pemasaran hasil penyelidikan di dalam bidang ini dengan skala yang besar. Hasilan penyelidikan bahan bakar bio sepatutnya telah mula dikomersialkan bagi penggunaan pengangkutan awam. Ini akan mengurangkan kadar permintaan terhadap bahan bakar asli petrol. Permintaan seharusnya dihalakan kepada bahan bakar bio, yang akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat dan menjana pertumbuhan ekonomi baru. Pelan tindakan ini sekurang-kurangnya mampu memberi peluang kepada rakyat Malaysia merasai kelebihan bahan bakar bio, di samping terus menggunakan petrol sedia ada. Bagi masa hadapan, potensi memasarkan bahan bakar bio ini akan lebih mudah diterima.

Selain itu, bangunan-bangunan pentadbiran awam dan sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara, sepatutnya sudah mula menggunakan sistem solar. Ini secara tidak langsung memperkenalkan industri solar dengan kadar lebih luas. Terdapat sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa harga pengaplikasian sistem solar adalah lebih tinggi, namun penggunaan kuasa solar untuk bangunan-bangunan ini akan menyebabkan berlakunya penurunan terhadap permintaan tenaga elektrik yang dijana melalui sumber bakar asli. Jadi, secara tidak langsung, ia memberi keseimbangan ekonomi negara pada masa hadapan. Peluang-peluang industri kecil di dalam bidang ini juga akan berkembang sekali gus meningkatkan pasaran kerja yang lebih banyak.

Kesimpulannya, melalui pelan tindakan dan pelaksanaan strategi yang betul, usaha-usaha memantapkan bidang tenaga yang diperbaharui ini boleh dipasarkan secara meluas. Semestinya, semua rakyat Malaysia mengimpikan kemajuan dan pembangunan negara yang stabil dalam suasana yang harmoni. Realitinya, untuk mencapai objektif ini, kita memerlukan pasaran tenaga dari sumber yang stabil. Melalui kapasiti tenaga yang stabil, ia akan membentuk pembangunan negara yang produktif dan berterusan.


13) KEARAH PENGGUNAAN TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI

Malaysia kembali gamat apabila harga petrol RON97 meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter mulai 1 Februari 2011. Sedikit sebanyak, kesan ini dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak kira kaum, status dan umur. Impak terhadap kenaikan harga petrol ini pastinya membawa kepada kenaikan harga barang-barang mentah yang boleh membawa kepada inflasi negara.

Perkara ini pastinya akan menyulitkan negara dalam merealisasikan Model Baru Ekonomi (MBE) menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) yang mengaspirasikan status negara berpendapatan tinggi. Hakikatnyata, permasalahan ini berpunca daripada keadaan ekonomi global yang sedang meruncing akibat kenaikan harga minyak dunia.Kita perlu menyedari bahawa kebergantungan Malaysia terhadap minyak mentah dan gas asli untuk menjana pembangunan negara amatlah tinggi. Petrol digunakan secara meluas untuk pelbagai sektor yang melibatkan penggunaan tenaga yang besar. Ini termasuklah pengangkutan industri dan penjanaan bekalan elektrik yang saling berkaitan dengan sub-industri lain, contohnya sektor pembinaan, pengangkutan awam dan bekalan bahan mentah yang memacu pembangunan negara. Justeru itu, apabila berlakunya kenaikan harga petrol dunia, negara turut merasakan impaknya.

Selama ini, rakyat Malaysia begitu selesa dengan subsidi petrol yang melimpah ruah. Hasilnya, penggunaan kenderaan begitu tinggi di Malaysia dan ia pasti menuntut permintaan yang tinggi terhadap bahan bakar. Sektor-sektor pembinaan dan pengangkutan awam juga mengharapkan bekalan bahan bakar yang tinggi. Apabila wujud kemelut dalam kenaikan pasaran harga minyak, maka berlakulah sikap tuding menuding di antara satu sama lain. Ledakan kemarahan berlaku di kalangan pengguna. Kenaikan harga bahan-bahan mentah menyebabkan industri-industri lain turut terjejas. Situasi ini sedikit sebanyak menuntut kepada pencarian alternatif lain bagi membekalkan tenaga dengan kadar segera.

Terdapat pelbagai usaha untuk mencari penyelesaian bagi permasalahan ini. Antaranya, melancarkan secara meluas penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy). Menerusi Rancangan Malaysia ke-10, Polisi Tenaga Baru telah diperkenalkan yang antaranya adalah untuk memacu ke arah pembangunan strategik pelbagai sumber tenaga baru termasuklah tenaga yang diperbaharui. Rakyat harus diperkenalkan secara meluas menerusi media massa terhadap pelan tindakan dan usaha-usaha penyelidikan tenaga ini supaya mereka lebih memahami dan bersedia pada masa hadapan.


14) SYARIKAT PERLADANGAN KELAPA SAWIT DIGALAK BINA LOJI JANAKUASA BIOMASS

SANDAKAN: Syarikat perladangan kelapa sawit yang besar digalakkan menjana kuasa elektrik menggunakan tandan kelapa sawit kosong (EFB) bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan tenaga elektrik di negeri ini. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata usaha itu penting kerana penggunaan EFB mampu membantu memulihkan situasi kekurangan bekalan tenaga elektrik khususnya di kawasan timur Sabah.

Katanya industri kelapa sawit di negeri ini adalah yang terbesar dalam negara dan sudah tentu EFB dari industri itu boleh dimanfaatkan semula sebagai tenaga diperbaharui untuk menjana kuasa elektrik. "Jika syarikat perladangan besar membina Loji Janakuasa Biomass memproses EFB untuk dijadikan sumber kuasa elektrik bagi kegunaan kilang mereka, ia dapat membantu usaha mengatasi kekurangan bekalan elektrik di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Pencawang Masuk Utama (PMU) Sim-Sim di sini kelmarin.

PMU Sim-Sim menempatkan 20 set janakuasa mudah alih mampu menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 20 megawatt dan beroperasi sejak September tahun lepas. Chin berkata jika perlu syarikat perladangan yang besar di negeri ini akan diwajibkan membina Loji Janakuasa Biomass yang memproses EFB di kilang masing-masing. "Saya akan mengemukakan cadangan itu kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi melalui menterinya Tan Sri Bernard Dompok sebagai salah satu perancangan jangka panjang mengatasi kekurangan bekalan elektrik di negeri ini," katanya.

Terdapat lima Loji Janakuasa Biomass di Sabah yang memproses EFB untuk dijadikan sumber menjana kuasa elektrik dan hanya tiga daripada loji itu menjual tenaga elektrik kepada SESB mengikut Perjanjian Pembelian Tenaga Elektrik Yang Boleh Diperbaharui (REPPA). Tiga loji yang menjual tenaga elektrik kepada SESB ialah Kina Biopower Sdn Bhd dan Seguntor Bioenergy Sdn Bhd, kedua-duanya beroperasi di daerah ini dan sebuah lagi ialah TSH Bioenergy Sdn Bhd di Tawau.